Blog bermanfaat untuk segala ummat

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


Gambar diatas hanya ilustrasi, dan bukan kenyataan, "bikinan amarmadiun.blogspot.com"

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali
menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya
disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit
yang pertama, pada langit yang keduanya disebut
az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut
al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali.
Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada
langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit
ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh
Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T
telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis
berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku,
sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan
aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada
tanah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya,
"Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana
iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia
enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan
sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat
bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para
malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati
iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.
Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua
kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan
enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari
para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin
mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal
atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya
yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti
babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya
seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara
dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya
terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang
hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua
bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar
seperti taring babi hutan dan janggut terdapat
sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga,
bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa
jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan
dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya
sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.
Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah
cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak
ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para
malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu
tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka
menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu
menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami
tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah bagi
bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua
tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka
iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir
aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak
menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau
dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab
para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis,
"Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak
baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua
padanya." Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi
untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud,
"Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di
sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis
lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah
berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah
terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang
berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi
mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik
kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah
dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka
dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara
yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa
haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai
anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza,
menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah
agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan
perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah
mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra
ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang
engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau
dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang
berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka
pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada
mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka
melainkan (semata-mata) tipuan."



@



0 comments:

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS